Wednesday, December 19, 2012

FUNGSI SURUHANJAYA SEKURITI DALAM MEMBANGUNKAN PRODUK PASARAN MODAL ISLAM



Di dalam membangunkan pasaran modal negara, suruhanjaya telah mengenalpasti pembangunan pasaran modal Islam sebagai salah satu daripada agenda utamanya. Agenda ini diteruskan dalam pelan induk pasaran modal Islam yang dilancarkan pada 22 Februari 2001. Antara objektif utama yang digariskan oleh pelan ini ialah menjadikan Malaysia sebagai pusat pasaran modal Islam antarabangsa. Dalam mencapai hasrat murni ini, suruhanjaya telah mengambil dua pendekatan:
·       Pembentukan prasarana pasaran yang diperlukan bagi penyelidikan, perbincangan dan dialog.
·         Usaha-usaha untuk meluas dan mendalamkan lagi pasaran modal
Pembentukan Prasarana Pasaran
-Jabatan Pasaran Modal Islam (JPMI) (sebelum ini unit pasaran modal Islam)
Dalam menjalankan usaha-usaha untuk memajukan pasaran modal supaya selari dengan kehendak dan tuntutan undang-undang, pihak suruhanjaya sekuriti telah menubuhkan satu jabatan dibawah bahagian dasar dan pembangunan pasaran, dikenali sebagai Jabatan Pasaran Modal Islam (JPMI). Jabatan ini diberi tanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan produk pasaran modal Islam dalam sektor ekuiti, hutang dan deravatif dan mengkaji sekuriti syarikat yang tersenarai. Ia mempunyai pegawai sepenuh masa yang memiliki latar belakang pendidikan syariah, khusunya didalam Fiqh Muamalat dan juga kewangan moden. Gandingan kerja yang mengabungkan tenaga professional daripada dua latarbelakang berbeza ini penting di dalam menghasilkan satu kumpulan kerja yang mampu mencapai matlamat yang telah digariskan. Hasil penyelidikan dan kajian yang telah dijalankan oleh jabatan dibentang dalam MPS untuk mencapai kelulusan dan keputusan.

            -Kumpulan Penyelidikan Instrumen Islam (KPII)
Hasil daripada perbincangan dengan pakar-pakar dalam bidang Syariah dan kewangan Islam, SC telah menubuhkan sebuah Kumpulan Penyelidikan Instrumen Islam (KPII). Kumpulan ini dianggotai oleh pakar-pakar Syariah, pengamal kewangan Islam dan perundangan. Suruhanjaya telah menubuhkan KPII pada tahun 1994 yang dianggotai oleh pakar Syariah dan tokoh korporat dan kumpulan ini telah mengadakan mesyuarat sebanyak lapan kali sepanjang tahun 1995–1996. Berikut ialah senarai ahli KPII (dari 1994 hingga 15 Mei 1996):
(a) Dato’ Sheikh Azmi Ahmad;
(b) Dato’ Mohd Khudzairi Dainuri;
(c) Prof Madya Md Hashim Yahaya (kini bergelar Datuk);
(d) Dato’ Dr Abdul Halim Ismail;
(e) Encik Nor Mohamed Yakcop
(f) Dr Abdullah Ibrahim;
(g) Ustaz Hassan Ahmad (kini bergelar Dato’)
(h) Ustaz Md Nurdin Ngadimon.
KPII secara berterusan memberikan input kepada SC ke arah membangunkan pasaran modal Islam. Kewujudan kumpulan ini juga membolehkan pakar-pakar Syariah berinteraksi secara langsung dengan mereka yang terlibat dengan industri pasaran modal.

 Peluang ini membolehkan pakar-pakar Syariah lebih memahami tentang produk kewangan serta perjalanan pasaran modal itu sendiri. Dengan cara demikian dapat mempermudah pakar Syariah mendapat pendedahan yang jelas tentang hakikat sebenar pasaran modal dari segala aspek sama ada produk, perkhidmatan, garis panduan dan perjalanannya. Pemahaman ini juga dapat permudahkan pakar Syariah mengenal pasti isu-isu Syariah serta boleh memandu mereka mengemukakan cadangan berkesan untuk pembangunan sistem pasaran modal Islam.
Di samping menilai produk-produk kewangan pasaran modal, sumbangan utama KPII adalah untuk menyediakan platform asas untuk menilai sekuriti-sekuriti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Sebelum itu, Bank Islam Malaysia Berhad telah mengambil inisiatif untuk membuat penyaringan sekuriti tersenarai di Bursa Kuala Lumpur dan menyediakan ”Senarai Sekuriti Lulus Syariah”.
Pihak bank dapat menyediakan senarai ini dengan dibantu oleh para penasihat Syariah bank terbabit. Namun, ia bertujuan untuk kegunaan dalaman dan pelaburan pihak bank sendiri. Menyedari kepentingan menentukan status lulus Syariah bagi sekuriti tersenarai di bursa, fokus utama KPII adalah untuk memberikan input kepada SC tentang asas-asas yang perlu untuk menjadi panduan bagi menilai sesuatu sekuriti itu sebagai patuh Syariah atau sebaliknya.
Kejayaan KPII dalam memberikan input tersebut menjustifikasikan SC tentang perlunya suatu badan lebih formal dibentuk di bawah Akta Suruhanjaya. Tugas utama badan itu adalah untuk memberi input kepada SC tentang mewujudkan satu sistem pasaran modal Islam secara menyeluruh serta dapat mengharmonikan pandangan Syariah bagi perkara berkaitan dengan isu-isu Syariah di dalam pasaran modal. Berdasarkan asas tersebut sebuah badan yang lebih formal telah ditubuhkan pada 16 Mei 1996 bagi menggantikan KPII. Badan ini dinamakan sebagai Majlis Penasihat Syariah (MPS).

           -Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti

JPMI telah menjalankan penyelidikan dan bertindak sebagai sebagai sekretariat kepada KPII. KPII telah menunjukkan kejayaan dalam meneroka asas-asas pembangunan pasaran modal Islam di Malaysia. Justeru itu, suruhanjaya berpendapat, peranan KPII perlu dikembangkan dan ia telah dinaikkan taraf menjadi sebuah badan yang lebih formal yang dinamakan Majlis Penasihat Syariah (MPS) pada 16 Mei 1996.
Penubuhan Majlis ini adalah mengikut kuasa-kuasa yang diberikan kepada SC di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 (Akta 498). Seksyen 16 akta ini telah memberi kuasa penuh kepada SC untuk melakukan sesuatu yang wajar dalam menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sekuriti. Kemudiannya seksyen 18, Akta 498 menyebut bahawa SC diberi kuasa untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang boleh membantunya menjalankan tugas berdasarkan Akta. Di samping itu juga SC dibenarkan melantik sesiapa yang layak untuk menganggotai jawatankuasa tersebut.
Dengan penubuhan MPS, ia menjadi rujukan di peringkat nasional tentang isu-isu berkaitan dengan pasaran modal Islam. Selaras dengan SC sebagai badan pengawal selia tunggal di Malaysia, MPS yang ditubuhkan mengikut kuasa-kuasa SC di bawah Akta Suruhanjaya dapat mewujudkan suasana harmoni dalam menentukan keputusan-keputusan hukum Syariah mengenai pasaran modal. 

Penubuhan MPS ini telah mendapat restu daripada menteri kewangan Malaysia dan ia telah diberi mandat dalam memastikan perjalanan pasaran modal islam selaras dengan prinsip-prinsip syariah. Bidang kuasanya adalah memberi nasihat kepada suruhanjaya dalam semua perkara berhubung pembangunan pasaran modal Islam yang komprehensif dan bertindak sebagai pusat rujukan dalam semua isu pasaran modal Islam.
Dalam memperkenalkan instrumen pasaran modal Islam, MPS telah mengambil dua pendekatan iaitu :

a.       Mengkaji kesahihan instrumen konvensional yang diamalkan oleh pasaran modal tempatan daripada persepktif syariah. Kajian tertumpu kepada struktur, makenisme dan penggunaan instrument tersebut samada terdapat sebarang percanggahan dengan prinsip-prinsip syariah.
b.      Merangka dan membentuk insturmen kewangan baru berlandaskan prinsip-prinsip syariah.

Di dalam membuat penyelidikan di dalam pasaran modal islam, Majlis Penasihat Syariah telah memutuskan untuk menerima semua sumber dan manhaj (metodologi) fuqaha’ muktabar. Sumber tersebut meliputi sumber utama dam sumber sokongan yang diterima pakai dalam perundangan islam sebagai sumber penyelidikan. Sumber utama dalam menjalankan penyelidikan dalam pasaran modal yang menjadi rujukan ialah Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana Islam menggesa umatnya supaya merujuk kepada kedua-dua sumber tersebut bagi menyelesaikan masalah yang timbul dalam urusan harian. Firman Allah s.w.t :
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri dikalangan kamu selagi ia berpegang pada jalan Allah. Sekiranya kamu berselisih pendapat tentang sesuatu perkara, maka rujuklah kepada Allah (Al-quran) dan Rasul (as-sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dab hari kenudian. Yang denikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akibatnya”.                                        (Surah An-Nisa:59)
Pembentukan kriteria asas Syariah dari sumber-sumber di atas dalam pembangunan dan pengembangan sekuriti juga amat bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, sekiranya kamu berpegang kepada keduanya maka kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnahku.”
Selain daripada dua sumber utama tersebut, MPS juga memutuskan untuk menerima pakai sumber-sumber sokongan dan manhaj perundangan islam yang lain seperti Ijma’, Qiyas, Maslahah, Istihsan, Istishab, Sadd Zari’ah, Urf’, Maqasid Syariah, Siasah Syariah, Takwil, Istiqra’, Talfiq dan lain-lain yang telah diterimapakai dalam perundangn islam.
Ini bersandarkan kepada pengakuan yang dibuat oleh Baginda Rasulullah terhadap Muaz bin Jabal apabila kadi daerah Yaman itu menerangkan langkah-langkah yang akan diambil oleh beliau di dalam melaksanakan tugas sebagai kadi nanti. Rasulullah telah bertanya kepada Muaz tentang beberapa prinsip penting. Sabda Nabi s.a.w.: “Wahai Muaz, apakah rujukan kamu dalam memutuskan sesuatu keputusan?” Muaz menjawab bahawa beliau akan merujuk kepada al-Quran. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyoal lagi: “Bagaimana jika perkara yang dihukum tidak terdapat dalam al-Quran?” Muaz menjawab bahawa beliau akan merujuk kepada sebarang keputusan yang pernah diputuskan oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: “Bagaimana sekiranya perkara tersebut tidak pernah aku putuskan?” Lalu Muaz menjawab bahawa beliau akan berijtihad menggunakan pemikiran dan kebijaksanaannya untuk membuat keputusan. Cara Muaz menangani segala persoalan yang memerlukan keputusan hukum telah direstui oleh Rasulullah s.a.w. dengan sabda Baginda: “Segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah memberi petunjuk kepada Rasulullah dan utusan Rasulullah (Muaz).”Justeru, perkara-perkara berkaitan dengan sumber sokongan dan manhaj penyelidikan di atas adalah termasuk dalam ijtihad sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas dan ia telah diterima pakai dalam penyelidikan pasaran modal Islam di Malaysia.
Dalam mengklasifikasikan saham-saham ini, MPS menerima input dan sokongan daripada SC. Pihak SC mengumpulkan maklumat syarikat melalui pelbagai sumber seperti laporan kewangan tahunan syarikat, maklum balas dari borang kaji selidik yang dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan juga melalui pertanyaan yang dibuat kepada pihak pengurusan syarikat berkenaan. SC melalui MPS akan sentiasa mengawasi aktiviti semua syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk menentukan statusnya daripada perspektif Syariah.
MPS telah menggunakan beberapa kriteria tertentu iaitu kajian ditumpukan kepada aktiviti sesebuah syarikat yang sahamnya tersenarai di Bursa Malaysia. Oleh yang demikian, tertakluk kepada beberapa syarat yang telah ditetapkan, syarikat yang menjalankan aktiviti selaras dengan prinsip Syariah akan diklasifikasikan sebagai saham patuh Syariah dan juga sebaliknya.
Oleh yang demikian, dalam memperkenalkan instrumen pasaran modal Islam, MPS telah mengambil dua pendekatan iaitu, pertama, dengan mengkaji kesahihan instrumen konvensional yang diamalkan oleh pasaran modal tempatan daripada perspektif Syariah. Kajian tertumpu kepada struktur, mekanisme dan penggunaan instrumen tersebut sama ada terdapat sebarang percanggahan dengan prinsip-prinsip Syariah. Manakala kaedah kedua ialah merangka dan membentuk instrumen kewangan baru berlandaskan prinsip-prinsip Syariah.
MPS juga diberi tanggungjawab untuk mengesahkan senarai sekuriti patuh Syariah (sebelum ini dikenali sebagai senarai sekuriti yang diluluskan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti). Sehingga 28 Oktober 2005, sebanyak 857 sekuriti telah dikelaskan sebagai sekuriti patuh Syariah oleh MPS. Jumlah ini mewakili 85% daripada keseluruhan sekuriti yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Senarai ini dikemaskinikan dari semasa ke semasa dan pihak Suruhanjaya mengumumkan senarai terkini sekuriti patuh Syariah sebanyak dua kali setahun. Senarai ini penting dalam membantu pelabur Islam mengenal pasti sekuriti yang selaras dengan prinsip Syariah dan sekaligus meningkatkan keyakinan mereka tanpa sebarang keraguan dalam membuat pelaburan.
Saham juga merupakan salah satu produk sekuriti kewangan yang penting bagi pasaran modal tersenarai di Bursa Malaysia. Sehingga November 2008 sebanyak 980 syarikat telah menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia. Dalam pasaran modal saham termasuk dalam sektor ekuiti, MPS bertanggungjawab mengesahkan penyelidikan terhadap sekuriti-sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia sebagai Sekuriti Patuh Syariah berasaskan kriteria Syariah yang telah digariskan oleh MPS bagi sektor ekuiti. Senarai Sekuriti Patuh Syariah ini diterbitkan kepada umum dua kali setahun iaitu pada akhir Mei dan November setiap tahun. Pada awalnya ia mula diperkenalkan kepada awam pada 18 Jun1997.
Pada masa itu sebanyak 371 buah syarikat iaitu kira-kira separuh daripada syarikat tersenarai di Bursa Kuala Lumpur dikategorikan sebagai patuh Syariah. Senarai Sekuriti Patuh Syariah ini menjadi panduan asas kepada individu dan institusi pengurusan dana yang perlu melabur dalam sektor patuh Syariah untuk merujuk tentang sekuriti-sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia yang boleh dibeli atau dilabur. Sehingga akhir November 2008, sebanyak 855 sekuriti daripada jumlah 980 sekuriti tersenarai di Bursa Malaysia adalah patuh Syariah. Ini mewakili 87 peratus daripada keseluruhan jumlah sekuriti tersenarai.
Senarai sekuriti patuh Syariah ini dijadikan asas kepada pembentukan Indeks Syariah yang dilancarkan oleh Bursa Malaysia pada 17 April 1999. Dengan perkembangan ini, pelabur dapat mengukur prestasi pelaburan mereka dengan lebih cekap dan berkesan. Biarpun SCA tidak menyatakan secara jelas penubuhan MPS, namun seksyen 16 SCA ini memperuntukkan bahawa Suruhanjaya mempunyai kuasa penuh dalam menjalankan tugasnya berdasarkan undang-undang sekuriti.
 Manakala seksyen 18 SCA menyebut bahawa Suruhanjaya diberi kuasa untuk menubuhkan suatu jawatankuasa yang boleh membantunya menjalankan tugas berdasarkan akta, dan Suruhanjaya juga dibenarkan melantik sesiapa yang layak untuk menganggotai jawatankuasa tersebut. Ahli MPS dilantik oleh Suruhanjaya setiap dua tahun sekali.
Kriteria Syariah Sekuriti Tersenarai Yang Dilaksanakan Oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti
    I.            Kriteria Syariah Sekuriti Tersenarai
Dalam membentuk kriteria tersebut, tumpuan diberikan kepada aktiviti utama syarikat dari sudut barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan. Ini kerana, aktiviti utama mendatangkan pulangan kepada syarikat dan seterusnya dibahagikan kepada para pemegang saham dalam bentuk keuntungan dan dividen. Aktiviti tersebut perlu dikenal pasti sama ada bertentangan dengan kehendak Syariah atau tidak. Sekiranya ia bertentangan, maka sekuriti syarikat tersebut dianggap terkeluar daripada senarai patuh Syariah Setelah menjalankan penyelidikan sekian lama dan juga perbincangan dengan pelbagai pihak dari dalam dan luar negeri, MPS mendapati kriteria berikut dapat digariskan dalam menilai sesuatu sekuriti itu sebagai patuh Syariah atau sebaliknya. Penggunaan kriteria tersebut dapat mengasingkan sekuriti patuh Syariah daripada keseluruhan sekuriti yang tersenarai. KPII, dalam mesyuarat kelima pada 23 Ogos 1995, telah memutuskan empat kriteria asas utama bagi menilai sesuatu sekuriti tersenarai. Secara umumnya, kriteria berkenaan dirangka setelah merujuk kepada al- Quran, hadis dan prinsip am Syariah dan dirumus mengikut aktiviti syarikat yang berkaitan
Kriteria Pertama
Aktiviti utama syarikat berteraskan riba seperti yang dijalankan oleh institusi kewangan konvensional termasuk bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan dan lain-lain.
Hujah kriteria pertama :
a)      Dalil al-Quran berdasarkan ayat 275–276 daripada Surah al-Baqarah:
Maksudnya: “Orang yang memakan (mengambil) riba tidak dapat berdiri betul melainkan terhoyong-hayang seperti orang yang dirasuk syaitan (pada hari kiamat kelak). Keadaan mereka yang demikian itu kerana mereka berkata sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, sedangkan Allah s.w.t. telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang yang telah sampai kepadanya larangan daripada Tuhannya, lalu terus berhenti (daripada mengambil riba) maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan ini); dan urusannya terserah kepada Allah s.w.t. Orang yang mengulangi (mengambil riba) maka orang itu adalah penghuni neraka dan mereka kekal di dalamnya. Allah memusnahkan riba dan menyuburkan sedekah dan Allah s.w.t. tidak menyukai setiap orang yang tetap dalam kekufuran dan selalu berbuat dosa.”

b)      Dalil ijmak
Fukaha dalam semua mazhab telah sepakat bahawa riba adalah sesuatu yang haram. Oleh kerana persepakatan ini maka pengharaman riba telah menjadi sesuatu yang diijmakkan.
Kriteria Kedua
Aktiviti utama syarikat ialah kegiatan judi seperti kasino, nombor ekor dan yang seumpamanya.
Hujah kriteria kedua :
Pengharaman judi jelas dalam al-Quran. Allah s.w.t. memerintahkan orangorang yang beriman meninggalkannya sebagaimana firmanNya:
Maksudnya: ”Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, pemujaan berhala, menilik nasib, adalah perbuatan keji yang termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan tersebut agar kamu mendapat kejayaan.”                                                                                 (Surah al-Maidah: 90)
Kriteria Ketiga
Aktiviti utama syarikat adalah pengeluaran dan penjualan barangan dan perkhidmatan yang diharamkan dalam Islam dan ia merangkumi:
(a) Memproses, mengeluar dan memasarkan minuman keras
(b) Membekalkan daging yang tidak halal seperti daging babi dan sebagainya
(c) Memberi perkhidmatan tidak bermoral seperti pelacuran, pub, disko dan seumpamanya.
Hujah kriteria ketiga :
(a)    Dalil al-Quran tentang makanan Islam menggesa manusia seluruhnya memakan makanan yang halal dan baik. Gesaan tersebut dapat dilihat berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam ayat: Maksudnya: “Wahai manusia, makanlah sesuatu yang halal lagi baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkahlangkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang nyata bagimu.”                                                                         (Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain disebutkan secara terperinci perkara yang diharamkan seperti berikut: Maksudnya: “Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging  babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah, yang mati tercekik, yang mati dipukul, yang mati terjatuh, yang mati ditanduk, dan yang mati diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya (sebelum binatang itu mati), dan diharamkan juga bagi kamu memakan binatang yang disembelih atas namaberhala...”                                                                       (Surah al-Maidah: 3)

(b)    Dalil pengharaman arak
Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi, pemujaan berhala, menilik nasib, adalah perbuatan keji yang termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan tersebut agar kamu mendapat kejayaan.”   (Surah al-Maidah: 90)

Dalam satu hadis diriwayatkan: Maksudnya: “Sesungguhnya Allah s.w.t. melaknat arak, pemerah anggur untuk dijadikan arak, pembeli air perahan anggur untuk dijadikan arak, meminumnya, pemberi minuman arak, pembawa hidangan arak, penuang yang menuangkan arak ke dalam gelas untuk peminum, penjual arak, pembelinya dan orang yang memakan wang hasil jualan arak.”

(c) Larangan terhadap aktiviti tidak bermoral
Dalam hal zina, Islam melarang umatnya mendekati perbuatan terkutuk itu, sehingga pelakunya layak menerima hukuman yang amatberat sekiranya sabit kesalahan. Allah s.w.t. berfirman: Maksudnya: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.”                                                                                          (Surah al-Isra’: 32)
Begitu juga syarikat yang menjalankan aktiviti tidak bermoral seperti menjual minuman keras, pub, disko, pelacuran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut menggalakkan wujudnya maksiat.

Dan juga hadith Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang (memanfaatkan) hasil penjualan anjing, hasil pelacuran dan mengupah tukang tilik.”

Dalil-dalil di atas membuktikan perlunya pembersihan masyarakat daripada sebarang unsur yang bertentangan dengan Islam. Pembersihan masyarakat daripada sebarang unsur yang bertentangan dengan Islam sama ada dalam aspek ekonomi dan sosial atau daripada aspek pemikiran dan hala tuju, adalah salah satu daripada keperluan asasi yang perlu dilakukan bagi melaksanakan syariat Islam.
Kriteria Keempat
Aktiviti utama syarikat bersifat gharar  (ketidakpastian) seperti perniagaan insurans konvensional. Asas larangan gharar ialah hadis Nabi s.a.w.:  Maksudnya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah jual beli gharar.”
Firman Allah : “Kecelakaan besar kepada orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan). (Iaitu) mereka yang apabila menerima sukatan (gantang-cupak) dari orang lain, mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi. (Surah al-Mutaffifin, 83: 1-3)
Lain-lain Kriteria
·         Pengeluaran atau penjualan barangan yang berasaskan tembakau atau barangan yang berkaitan seperti rokok dan cerut. Hujah kepada kriteria ini didasarkan kepada matlamat hukum Islam diwujudkan di muka bumi untuk menjaga lima (5) perkara atau al-Masalih al-Dharuriyyah iaitu; agama, akal, nyawa, zuriat dan harta. Penegasan kepentingan menjaga kelima-lima perkara ini berpandukan firman Allah SWT: “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil), dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.”                        (Surah al-Baqarah, 2: 195)

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain pula: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu di antara kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan (jalan) perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu. Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa mengasihi kamu.”                                                             (Surah al-Nisa’, 4: 29)

·         Pembrokeran atau jual beli sekuriti tidak patuh Syariah. Pembrokeran ini melibatkan unsur riba dalam operasinya dan juga melibatkan kaunter-kaunter tidak lulus Syariah untuk diurusniagakan oleh pelanggan mereka.
Kriteria ini diasaskan kepada hadith Nabi SAW yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah SWT apabila mengharamkan ke atas sesuatu kaum sesuatu makanan maka haramlah jualah harganya (keuntungan dari jualannya).”  MPS juga mengambil kira tahap sumbangan daripada pendapatan faedah yang diperoleh syarikat hasil daripada simpanan tetap konvensional atau instrumen kewangan konvensional yang lain. Selain itu, dividen yang diterima daripada pelaburan dalam sekuriti tidak patuh Syariah juga diambil kira dalam kajian yang dijalankan oleh MPS
 II.            Syarikat Bercampur
Majlis Penasihat Syariah (MPS), dalam mesyuarat kedua pada 21 Ogos 1996, membincangkan status syarikat yang bercampur aktivitinya antara halal dan haram. MPS telah memutuskan bahawa syarikat bercampur yang elemen haramnya sedikit dan tidak melebihi ukur rujuk yang telah ditetapkan oleh MPS, boleh dimasukkan dalam Senarai Sekuriti Patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. MPS juga telah memutuskan bahawa perkara `umum balwa dan gharar yasir perlu diambil kira dalam membuat justifikasi terhadap sesebuah syarikat bercampur, yang aktiviti utamanya adalah halal. Manakala dalam mesyuarat MPS kesembilan pada 27 Ogos 1997, satu ukur rujuk berhubung faktor imej syarikat telah diputuskan
Syarikat bercampur bermaksud aktiviti utama syarikat adalah terdiri daripada aktiviti yang dibenarkan Syariah, namun terdapat juga aktiviti sampingan yang haram dengan nisbah kecil. Bagi syarikat bercampur, MPS mempertimbangkan beberapa kriteria tambahan sebelum memasukkannya dalam senarai sekuriti patuh Syariah, iaitu :
a)      aktiviti utama syarikat mestilah bukan aktiviti yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Syariah sebagaimana telah digariskan oleh empat kriteria utama (telah diterangkan sebelum ini), manakala unsur haram adalah amat kecil berbanding dengan aktiviti utamanya
b)      pandangan masyarakat umum tentang imej syarikat berkenaan mestilah baik; dan
c)      aktiviti utama syarikat mempunyai kepentingan dan maslahah kepada umat Islam dan negara manakala unsur haram yang amat kecil melibatkan perkara `umum balwa, `urf dan hak masyarakat bukan Islam yang diperakui oleh Islam.
Tanda Aras Bagi Menentukan Sekuriti Patuh Syariah atau Sebaliknya
MPS telah menetapkan beberapa tanda aras tertentu berasaskan ijtihad untuk menentukan sekuriti syarikat bercampur sebagai patuh Syariah atau sebaliknya dengan mengira sumbangan aktiviti tersebut kepada perolehan dan keuntungan sebelum cukai sesebuah syarikat. Sekiranya sumbangan daripada aktiviti yang tidak selaras melebihi tanda aras yang telah ditetapkan, maka sekuriti syarikat tersebut akan diklasifikasikan sebagai sekuriti tidak patuh Syariah. Tanda aras tersebut adalah seperti yang berikut:

a. Tanda aras 5 peratus
Secara amnya tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang jelas keharamannya atau tidak selaras dengan Syariah seperti aktiviti riba (syarikat berasaskan faedah seperti bank konvensional), judi, minuman keras dan daging babi.
b. Tanda aras 10 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang melibatkan unsur ’umum balwa iaitu perkara terlarang yang melibatkan kebanyakan orang dan sukar untuk dielakkan. Contoh sumbangan tersebut ialah pendapatan faedah daripada simpanan tetap dalam bank konvensional. Tanda aras ini juga digunakan bagi aktiviti yang melibatkan tembakau.
c. Tanda aras 20 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan terimaan sewaan daripada aktiviti tidak patuh Syariah. Terimaan sewaan sedemikian kebiasaannya daripada premis yang terdapat menjalankan aktiviti bercampur-campur antara patuh Syariah dan dengan yang sebaliknya seperti terimaan sewaan daripada aktiviti pasar raya yang di dalamnya terdapat aktiviti jualan arak dan sebagainya.
d. Tanda aras 25 peratus
Tanda aras ini digunakan bagi mengukur tahap percampuran sumbangan aktiviti yang secara umumnya selaras dengan Syariah dan mempunyai maslahah kepada masyarakat awam, namun terdapat unsur lain yang boleh menjejaskan status Syariah aktiviti berkenaan. Antara aktiviti yang mempunyai tanda aras ini ialah aktiviti pengoperasian hotel dan pusat peranginan, perniagaan saham, pembrokeran dan sebagainya kerana aktiviti tersebut berkemungkinan
Melibatkan aktiviti lain yang tidak selaras dengan Syariah
Kebaikan wujudnya senarai sekuriti patuh Syariah yang telah dianalisis dan disahkan oleh MPS dapat mempermudahkan perkembangan industri unit amanah Islam. Ini dapat menambah produk kewangan baru di pasaran dan mempelbagaikan bentuk produk kewangan dan pelaburan berasaskan unit amanah Islam. Perkembangan pesat sektor ini dapat dilihat dengan pertambahan bilangan unit amanah Islam yang ditawarkan. Pada tahun 1993 terdapat satu sahaja tabung unit amanah Islam di pasaran iaitu Tabung Ittikal yang dilancarkan oleh Arab-Malaysian Unit Trust. Namun empat tahun kemudian pada tahun 1997 bilangannya telah meningkat kepada 10 tabung.  Manakala kini setakat Disember 2008 telah terdapat 149 tabung dengan nilai aset RM17.19 billion mewakili 12.8% daripada keseluruhan industri unit amanah negara ini

Usaha-Usaha Meluaskan Dan Mendalamkan Pasaran 
Semenjak penubuhan jabatan pasaran modal islam, KPII dan yang terbaru ialah Majlis Penasihat Syariah, pihak SC telah mengambil beberapa langkah pembangunan seperti berikut:
5.2.1         Menubuhkan instrumen kewangan islam

Pertamanya ialah dengan mengenal pasti instumen-instrumen pasaran modal yang sedia ada yang boleh diterima pakai oleh islam. Pendekatan ini diasaskan atas kesedaran bahawa adalah tidak perlu bagi mencipta semula dan mengubah suai instumen yang sedia ada. Tanpa mengira asal usulnya, instumen-instrumen yang selari dengan ajaran islam tetapi terdapat sedikit unsur-unsur yang haram pada instrumen itu dan ianya boleh dibuang tanpa menjejaskan fungsi kegunaan intrumen tersebut, ia masih dikira sebagai boleh diguna dan dipakai.

Dalam menilai intrumen-instrumen yang sedia ada dan memastikan sama ada ianya boleh ditarima pakai oleh islam atau tidak, pendekatan yang digunakan oleh pihak SC ialah dengan melakukan “Bedah Siasat” dan menganalisa setiap instrumen tadi untuk menentukan sama ada ianya mengandungi unsur-unsur yang diharamkan oleh islam atau tidak. Selain daripada stok biasa (ordinary stocks) dalam syarikat-syarikat yang tidak terlibat dalam kegiatan yang tidak halal, MPS dalam menggunakan pendekatan ini telah bersetuju bahawa “Waran Panggilan” boleh diterima pakai selagi mana saham induknya(Mother Shares) adalah halal.

Ini berpandukan kepada konsep “ Hak Tamalluk” iaitu hak yang boleh dijual dan dipindah milik. Untuk itu, “Hak Langganan Boleh Pindah” pada dasarnya lebih kurang sama dengan “Waran Panggilan” iaitu boleh diterima asalkan ianya melibatkan hak langganan bagi stok syarikat-syarikat yang menjalankan aktiviti halal. Manakala “Pensekuritian Aset” pula adalah mirip kepada konsep Bay’ Ad-Dayn yang telah diterima pakai oleh Islam.

Keduanya, pendekatan yang kedua yang digunakan dianggap sebagai pendekatan yang lebih proaktif. Memandangkan kita mudah menerima penggunaan intrumen konvensional, kita dianggap tidak berlaku adil kepada kekayaan khazanah ilmu fiqh islam sekiranya kita tidak mengubah dn memperkenalkan instrumen-intrumen baru yang boleh diterima pakai oleh islam. Lantaran iu, pendekatan pertama tadi yang mengenal pasti dan mengasingkan intrumen konvesional yang boleh diterima oleh islam mestilah disokong dan diiringi dengan usaha-usaha untuk mengubah dan memperkenalkan instrumen-instrumen kewangan islam yang berlandaskan kepada konsep-konsep islam seperti:
·         Al-Ujr iaitu bayaran atau upah kepada perkhidmatan yang diberi
·         Bay’ Al-Dayn iaitu jual beli hutang
·         Ijarah iaitu satu pembiayaan yang dilakukan oleh pihak bank ke atas alat dan kelengkapan yang diperlukan oleh pelanggan. Alat-alat ini disewakan kepada pelanggan mengikut tempoh dan kadar sewa yang dipersetujui bersama.
·         Bay’ Al-istisna’ iaitu satu kontrak yang melibatkan bayaran terdahuluuntuk barangan yang ditempah di mana harga dibayar mengikut kemajuan penyempurnaan kerja.
·         Qard Al-Hassan iaitu pinjaman tanpa faedah yang diberi khusus untuk tujuan kebajikan sosial.
·         Al-Musyarakah iaitu kontrak penyatuan modal dimana dua pihak atau lebih mengusahakan sesuatu projek secara bersama di mana keuntungan akan dibahagi mengikut nisbah yang dipersetujui bersama manakala kerugian ditanggung mengikut jumlah sumbangan modal setiap rakan kongsi

-Pemeriksaan ke atas kaunter-kaunter halal di BSKL

Menteri Kewangan dalam ucapan belanjawan tahun 1997 telah mengumumkan penubuhan “Islamic Index” oleh BSKL. Penubuhan indeks ini memerlukan kepada pengenalpastian kaunter-kaunter halal di kalangan syarikat-syarikat yang tersenarai di BSKL. Ini disusuli pula dengan pengawasan yang berterusan terhadap kegiatan perniagaan syarikat-ayarikat tadi. Sebelum penubuhan SC, Bank Islam Malaysia Bhd telah menyedari betapa perlunya untuk kita mengenalpasti kaunter-kaunter yang dikategorikan sebagai halal untuk pelaburan. BIMB patut diberi pujian kerana menjadi pelopor kepada usaha-usaha murni ini.

Dengan mengambil kira kerumitan perniagaan dan strukutur syarikat, analisa mendalam ke atas syarikat, anak-anak syarikat dan rakan kongsi syarikat tersebut bukanlah suatu kerja yang mudah. Pada masa sekarang, tugas ini telah diserahkan kepada pihak SC yang bertanggunggjawab sepenuhnya di dalam membangunkan pasaran modal Islam di Malaysia. Walau bagaimanapun, pihak SC akan terus menggunakan kepakaran dan pengalaman BIMB untuk mengemaskini, memantapkan dan memajukan lagi kerja-kerja yang cukup bernilai yang telah dipelopori oleh BIMB ini. Ini memandangkan kepada bilangan syarikat yang disenaraikan di BSKL dan pelabur yang mencari kaunter halal yang semakin bertambah dari masa ke semasa.

Baru-baru ini MPS bagi Suruhanjaya Sekuriti telah meluluskan satu senarai terkini sekuriti-sekutiti yang disenaraikan di BSKL yang dikategorikan sebagai sekuriti halal. Senarai yang lebih 542 sekuriti ini mula berkuatkuasa pada 19 September 1998.  Untuk mengkategorikan sekuriti ini juga, pihak MPS telah menerima bantuan dan sokongan daripada SC. Pihak SC berperanan penting dalam mendapatkan maklumat syarikat-syarikat daripda pelbagai sumber. Ini termasuklah laporan kewangan tahunan syarikat, menggunakan boring kaji selidik yang dikeluarkan untuk mendapatkan maklumat terperinci dan melaului temu bual dengan pihak pengurusan syarikat. Melalui MPS, SC juga akan sentiasa melakukan pengawsan ke atas aktiviti di syarikat-syarikat yang tersenarai di BSKL ini dari masa ke semasa bertujuan untuk menentukan statusnya sama ada halal atau tidak. 


Terbitan Bon Tanda Aras Islam

Di sebalik kepesatan pembangunan pasaran modal di Malaysia sejak sedekad yang lalu, pasaran bon masih lagi bergerak dengan perlahan di bawah pasaran ekuiti. Walaupun penerbitan bon-bon dalam pasaran utama agak menggalakkan, tetapi dalam pasaran kerja penerbitan bon tidak begitu cergas dan tiada tanda-tanda untuk berkembang. Salah satu sebab bagi masalah ini ialah ketidakseimbangan dalam penawaran dan permintaan bagi sekuriti kerajaan Malaysia yang gagal memenuhi keperluan kecairan.

Ketiadaan bon tanda aras yang bertindak sebagai penunjuk bagi bon sama ada di pasaran prima dan pasaran kedua, menyebabkan ia susah untuk diterbitkan dan menjadi begitu kompleks. Situasi begini sudah tentu tidak akan membawa kepada kemajuan dan perkembangan pasaran bon di negara kita. Sebagai tindak balas kepada masalah ini, SC atas permintaan Menteri Kewangan telah merancang dan menubuhkan satu rangka kerja untuk menerbitkan bon tanda aras

Pihak SC telah mengambil dan mengaplikasikan pengalaman yang ditimba daripada “Hong Kong Monetary Autority”  dalam membangunkan pasaran bon mereka. Menteri Kewangan dalam ucapan belanjawan 1997 telah mengumumkan perlaksanaan program penerbitan duit syiling emas British sebagai tanda aras kepada pasaran bon korporat. Benchmark ini diasaskan mengikut prinsip Al-murabahah dan Bay’ Al-dayn sebagaimana yang dicadangkan oleh SC.

Ini merupakan salah satu lagi langkah berkesan dalam membangunkan pasaran modal islam di Malaysia dan sebagai satu produk yang perlu diberi perhatian dan diikuti oleh pasaran konvensional. Struktur bagi bon tanda aras Islam yang menggunakan prinsip Al-Murabahah dan Bay’ Al-dayn ini adalah sama dengan bon tanpa kupon atau bon diskaun.

Bon tanda aras ini merupakan bon yang pertama dikeluarkan di dunia kerana kebanyakan kertas berharga yang terdapat di seluruh dunia adalah diasaskan mengikut konsep “coupon paying paper”. Kaijan yang dijalankan menyatakan bahawa bon tanpa kupon berupaya menyeleesaikan masalah ketiadaan tempoh kematangan. Tambahan pula bagi tujuan pembangunan pasaran bon di masa hadapan, bon tanpa kupon akan lebih memudahkan urusan penyerahannya dalam kontrak hadapan.

Piawaian Perakaunan Islam ( Islamic Accounting Standards)
Jawatankuasa Kerja Perakaunan kewangan Islam telah ditubuhkan baru-baru ini atas hasil inisiatif oleh Malaysian Associatian of Certified Public Accountants (MACPA). Ia bertujuan untuk menyediakan kemudahan sokongan teknikal dan sebagai penasihat berhubung dengan laporan dan penyelarasan piawaian perakaunan. Jawatankuasa kerja ini dianggotai oleh wakil-wakil daripada institusi kewangan, akauntan awam yang bertauliah, ahli akademik serta wakil-wakil dari BNM dan juga wakil SC. Fungsi jawatnkuasa kerja ini yang telah dikenalpasti termasuklah : 
·         Memajukan rangka kerja perakaunan dalam bidang kewangan Islam
·         Mengenalpasti masalah-masalah perakaunan yang ada berhubungkai dengan produk-produk Islam
·         Menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan perakuanan dan laporan-laporan yang menyalahi prinsip pengurusan syariah
·         Menasihati dan memajukan cadangan-cadangan kepada MPS berkaitan hal ehwal perakaunan dan melaporkan masalah yang berkaitan dengan instrument dan aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam pasaran modal

Langkah drastik untuk menyelamatkan pasaran

Tahun 1997 merupakan tahun yang bersejarah bagi pasaran saham di Malaysia apabila BSKL telah mengalami kejatuhan paling teruk pada tahun tersebut. Pada awal tahun di bulan Februari, indeks komposit BSKL telah mencecah paras tertinggi bagi tempoh 3 tahun iaitu 1271.57 mata pada 25 Februari. Demikian juga minat yang tinggi pada syarikat yang disenaraikan pada papan kedua yang begitu ketara pada tahun 1996 telah kekal pada awal tahun 1997, menyebabkan indeks papan kedua melonjak kepada 680.25 mata pada 19 Mac.

Namun begitu, arah aliran positif ini telah terhenti pada bulan April disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
·         Kebimbangan para pelabur terhadap arah aliran kadar faedah antarabangsa
·         Pengenalan langkah-langkah untuk menyekat pemberian pinjaman berlebihan kepada faktor harta benda dan bagi pembelian stok serta saham
·         Pengumuman rancangan untuk memendekkan tempoh penyelesaian dari tujuh hari kepada lima hari selepas tarikh urusniaga
Berikutan itu, BSKL telah mengalami kejatuhan yang teruk dimana indeks korporat Komposit telah merosot sebanyak 10.2% dan jumlah urusniaga bulanan telah mencatatkan jumlah yang lebih rendah iaitu sebanyak RM26.8 billion (purata sebanyak RM49.9 billion sebulan pada tiga bulan pertama tahun 1997).
Sentimen pasaran yang lemah sejak April ini telah menyebabkan kesemua indeks harga utama BSKL jatuh menjunam pada akhir tahun 1997. Indeks Komposit, Indeks Emas, dan Indeks Papan Kedua masing-masing jatuh sebanyak 52%,56.6% dan 71.7% pada akhir tahun 1997.
Berikutan itu, SC telah memperkenalkan beberapa langkah sebagai sebahagian daripada rancangan semasa mereka untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan pasaran modal yang teratur. Beberapa pindaan telah dibuat ke atas Garis Panduan Tawaran Awam dan Penyenaraian antaranya ialah  bagi syarikat yang ingin disenaraikan di Papan Utama  BSKL, modal dibenar dan modal berbayar minimum telah dinaikkan kepada RM 50 juta daripada RM 40 juta. 

Latihan dan Pendidikan

Satu daripada acara yang disertai oleh Suruhanjaya untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pelabur tentang ICM ialah Ekspo OIC 2003 yang diadakan bersempena Persidangan Kemuncak Islam Ke-10 pada bulan Oktober 2003. Dalam ekspo ini, Suruhanjaya dan BSKL bersama-sama membuka kaunter penerangan untuk mempamerkan pencapaian semasa Malaysia dalam membangunkan ICM. Bahan penerbitan diedarkan dan satu pasukan kakitangan sentiasa bersedia untuk memberikan taklimat dan melayani pertanyaan orang ramai tentang ICM. Untuk memberikan kefahaman yang lebih baik mengenai etika perniagaan dan tadbir urus korporat, dan untuk membolehkan peserta pasaran bertukar-tukar pandangan dan pendapat mengenai pengurusan aset dan tanggungan daripada perspektif Islam, Suruhanjaya dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) bersama-sama menganjurkan forum bertajuk “Muzakarah Pakar: Pengurusan Aset dan Tanggungan dari Perspektif Islam” pada bulan April 2003 di IKIM. Di samping itu, Suruhanjaya turut menganjurkan ceramah dan pembentangan khas mengenai ICM kepada beberapa organisasi dan institusi pengajian tinggi.

Suruhanjaya juga memberikan bantuan kepada Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) dalam penerbitan buku berjudul Halal Malaysia. Buku ini adalah sebagai panduan bagi pelabur, pengurus dana, masyarakat perniagaan, organisasi perdagangan, kerajaan, persatuan dan individu untuk mendapatkan kefahaman awal yang berharga tentang pelaburan tempatan dan persekitaran perniagaan. Hingga kini, buku ini menyediakan profil ringkas tentang syarikat dan produk kewangan Islam yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan pelaburan tempatan di Malaysia, yang telah mendapat kelulusan Syariah daripada MPS Suruhanjaya dan BNM. Buku ini dilancarkan dan diedarkan kepada orang ramai semasa Ekspo OIC.

5.2.7        Penglibatan di peringkat antarabangsa
SC menyertai Organisasi Antarabangsa Suruhanjaya Sekuriti (IOSCO) pada tahun 1993, dan masih lagi menjadi ahli aktif dalam sesetengah persatuan dan menjalankan kerja luar IOSCO. Di persada antarabangsa, Pasukan Petugas Pasaran Modal Islam IOSCO yang dipengerusikan oleh Pengerusi Suruhanjaya, terus melaksanakan pelbagai inisiatif yang bertujuan menilai tahap perkembangan dan mengenal pasti isu pengawalseliaan yang mungkin timbul berhubung dengan ICM global. Pasukan Petugas ini menyempurnakan kajian mencari fakta dengan mengumpul maklum balas daripada kebanyakan ahli IOSCO dan institusi lain yang berkaitan. Maklum balas ini diperkukuh oleh maklumat daripada sumber sekunder mengenai pasaran modal Islam serta daripada runding cara dan temu duga dengan beberapa penggiat global terkemuka untuk menganalisis isu utama dan cabaran yang dihadapi oleh ICM


Ahmad Azizi Bin Zulkifli (1999) Peranan Suruhanjaya Sekuriti Dalam Pasaran Modal Islam Malaysia. Universiti Malaya, Jabatan Syariah Dan Pengurusan
Jurnal muamalat bil. 2, 2009
Jurnal Syariah, Jil. 17, Bil. 3 (2009)
Suruhanjaya Sekuriti (2006) Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti  2nd ed, Kuala Lumpur : Suruhanjaya Sekuriti
Laporan Tahunan Suruhanjaya Sekuriti 2003
Islamic Financial System, (2012). ISRA
 


No comments:

Post a Comment